Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday 31 October 2013

Umrah

Assalamualaikum

Mana ada ibubapa yang relax dan tenang selepas anak yg dikandung meninggal duniakan. Pada ketika itu memang moral down sangat-sangat. Tiada siapa yang boleh cool us down.

Dalam pantang Leen xboleh nak buat, nak g hOliday xboleh nak mengaji nak sOlat semua xbOleh.

Leen cuma berharap agar Allah murahkan rezeki Leen agar Leen dapat menjadi tetamuNya dlm masa terdekat ini.

Leen betul-betul yakin hanya itu sahaja yg dpt buat jiwa kami tenang.

Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya dan bertuahnya Leen rasa kami bakal menjadi tetamu Allah pada 3 April 2013.

Leen ingat lagi semasa kursus Umrah kami disuruh duduk bersila. Hehehe Leen duduk selimpuh sampai cram kaki ni. Sabar jelah. Pada ketika itu Leen masih dalam pantanga di minggu-minggu terakhir. Tapi mak pesan minggu-minggu terakhir tulah kena jaga. Badan nak pakai lamakan sO mmg Leen pantang betul-betul.

Alhamdulillah ketika disana tak henti-henti Leen berdOa agar dikurniakan zuriat daripada darah daging kami.

Dear TTC Sister, jika ada plan nak buat IUI or IVF tu pada pandangan Leen adalah lebih baik simpan duit tu dlu utk mengerjakan Umrah. Rasanya kOsnya hampir sama.

Masa tu Leen dah setahun kawen, tapi still xda anak. Kakak Ipar Leen cadangkan untuk kami mengerjakan Umrah. Tapi masa tu, kami memang tidak nampak punca duit nak kerjakan umrah daripada mana. Hari-hari Leen dOa agar Allah jemput Leen jadi tetamuNya.

Alhamdulillah inilah rahmat besar dari sebalik pemergian Al-Fateeh. Terima kasih sayang bagi peluang pada ibu ayah menjadi tetamu Allah.

Xox
Leen

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 30 October 2013

Please Drop By

Assalamualaikum. Minta tolong TTC Sister leave comment atau blog link dibahagian comment. Senang sikit nak get connected dan sesungguhnya Leen tidak keseorangan di dalam usaha untuk mendapatkan zuriat di muka bumi Allah ini.

Perjalanan Untuk Mendapatkan Zuriat

Assalamualaikum

Leen akan ceritakan serba ringkas mengenai usaha-usaha yang telah kami (husband and Leen) buat untuk dapatkan zuriat.


  • Mei 2009 - Nikah
  • Disember 2009 - Rawatan Kesuburan di Al-Zahrah, Bangi
  • April 2010 - Mengamalkan Set Kesuburan Suami Isteri BIODEX
  • Julai 2010 - Mengamalkan meminum air rebusan buah zuriat
  • 8 Oktober 2010 - Keguguran pada minggu ke-8 
  • April 2011 - Rawatan Kesuburan di Srivari Women's Specialist, KL
  • Oktober 2011 - Mengurut
  • February 2012 - Ujian Pap Smear dan rawatan keputihan di gynea 
  • Mac 2012 - Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Setiawangsa
  • Hujung bulan Mac 2012 - Disahkan mengandung
  • 27 November 2012 - Selamat melahirkan anak lelaki yang dikandung 40minggu 5hari di hospital KPJ, Seremban jam 8am dengan berat 3.0kg secara normal. Bidadari syurga itu meninggal dunia jam 5pm akibat PPH (kegagalan jantung berfungsi)
  • April 2013 - Mengerjakan UMRAH
  • Oktober 2013 - Rawatan Kesuburan di Klinik Yang, Seremban namun tidak diberi rawatan memandangkan tidak cukup setahun.
  • Oktober 2013 - Darul Syifak' , Bangi


Secara terperinci InsyaAllah Leen akan share di n3 selepas ini.

xoxo
Leen

Hello!

Assalamualaikum

Saya Leen, sebelum ini pernah ada blog tetapi banyak berkisahkan kehidupan harian Leen. Suami dan Leen dalam usaha untuk mendapatkan zuriat semula setelah anak sulung kami meninggal dunia pada 27 November 2013. Oleh itu, Leen buat blog baru ini untuk menceritakan dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan TTC yang lain di dalam usaha untuk mendapatkan zuriat yang terbaik daripada sisi Allah.

Blog yang baru ini Leen buatkan hanya untuk share the good vibes with all the ladies about how to pregnant and InsyaAllah about pregnancy. To those that really want to conceive. InsyaAllah you will my dear. Usaha dan doa itu penting. Jaga juga emosi. Jika terlampau excited jua susah nak mengandung -_-

Suami memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha nak anak ini. Kebiasaanya isteri buat research suami follow je hehehe. TTC sister perasan tak suami yang lambat dapat anak lebih peka prihal wanita berbanding dengan suami yang isterinya bunting pelamin. It happen to me. When my husband aware day 14 is ovulation day. Yeay! Im very lucky wife (i think).

InsyaAllah, jangan pernah berputus asa dan jangan serik.